Bahaya Anemia
Baru Ku Sedar Bahaya Anemia
Waktu saya mengandungkan, saya mengalami masalah anemia @ HB low, tak pernah pun ambil kisah bende ini dan anggap sesuatu yang tidak penting. Masa tu tak kenal lagi SHAKLEE. jadi bab kesihatan ini saya tolak ke tepi dan pandang remeh. Sebab rasa muda lagi kot waktu tu...he!5
Kesan Anemia ini bukan sahaja pada diri sendiri tapi juga pada bayi yang kita kandung, darah daging kita sendiri. Allahuakbar. Nak tahu apa kesan pada diri, anak ketika hamil, bersalin dan berpantang?.
Risiko Anemia semasa hamil :-
- ibu tidak sihat, sentiasa kelihatan lesu, lemah, penat dan pelupa
- sering pening, pitam bahkan ada yang sampai pengsan
- mudah mengantuk
- pucat dapat dilihat dari selaput lendir mata
- sesak nafas, berdebar ( berkemungkinan anemia sudah membebani jantung)
- kulit kelihatan kering atau berwarna kuning begitu juga dgn kuku
- daya tahan tubuh menurun dan mudah mendapat sakit.
Risiko Anemia saat bersalin :-
- bekalan oksigen yang kurang semasa hamil membuat otot rahim lemah dan tidak dapat kontraksi
- ibu cepat penat, mengalami kejang dan proses bersalin perlu dibantu dengan cara vakum atau melalui pembedahan caesarean
Risiko Anemia selepas bersalin :-
- disebabkan otot2 rahim lemah, rahim tidak dapat mengecut dan kembali kepada saiz normal, ketika ini mungkin berlaku pendarahan.
- risiko pendarahan tetap mengancam ibu hingga ke hari 40 selepas bersalin atau selama 40 selepas bersalin atau selama rahim kembali mengecut secara beransur2.
Risiko Anemia kepada bayi :-
- bekalan oksigen yang kurang ke rahim menyebabkan tidak selamat
- pertumbuhan janin terhalang lahir dengan berat rendah ( kurang 2.5 kg)
- bayi lahir pramatang atau berlakunya keguguran
Paling bahaya, plasma darah cair menyebabkan sel darah merah kurang. ini menganggu kelancaran oksigen dalam darah. Akibatnya bekalan oksigen kepada janin, rahim dan otot2 sekitar rahim yang akan bekerja semasa proses bersalin tidak dapat berfungsi dengan sempurna.
Antara vitamin Shaklee yang perlu diambil untuk membantu dalam masalah Anemia :-
VITALEA IRON FORMULA
mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.
VITAMIN C-PLUS
membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi . Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.
VITAMIN B COMPLEX
meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B - Complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.
- elakkan minum kopi, teh atau minuman bergas selepas makan kerana minuman itu menyukarkan tubuh untuk menyerap zat besi
- elakkan mengambil vitalea bersama2 dengan kalsium kerana kalsium akan melemahkan penyerapan zat besi
- elakkan mengambil vitalea bersama segelas susu kerana susu adalah kalsium
- pesakit talasemia tidak boleh mengambil Vitalea kerana mengandungi Iron
Labels:
Xtra Infor
Dulu masa mengandungkan ketiga2 anak saya, saya tak kisah pun psl makanan tambahan...ah, xpe ubat doktor kan ada lgpun free...
ReplyDeleteHaaa...bila dah sedar ni, eiii rasa teruknya diri ni...untuk kesihatan diri dan anak2 pun nk berkira...Alhamdulillah kini xmcm dulu lg...
betul tu..jgn berkira demi kesihatan kerana kalau tak sihat satu keje pun tak leh buatkan ..kan azu...
ReplyDelete