
Shaklee
Yusni Hj Yusof
Shaklee Independent Distributor [ SID 953869 ]
#HP 012 6608037 | email : ashrin149@gmail.com
|
Falsafah Shaklee
![]() |
Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, kegharirahan dan falsafahnya yang tersendiri.
Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi. Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik. |
Kini, generasi baru telahpun menemui dan mengenali Perbezaan Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.
Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat seluruh dunia.
Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr. dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala, rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah Dr Shaklee "Thoughtsmanship."
Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam penubuhannya.
Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956, diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu Mesra dengan Alam.
Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State. Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International Register of Profiles.
- Pada 1915 Dr. Forrest C. Shaklee menghasilkan produk yang pertama dikenali sebagai “Vitalized Minerals” dimana beliau mengasingkan sebatian semulajadi dari sayuran untuk mendapatkan khasiat mineral.Seorang biochemist menggelarkan sebatian tersebut sebagai “vitamins”.Inilah sejarah dimana perkataan vitamin terhasil.
- Dr. Shaklee merupakan seorang chiropractor. Beliau memiliki ijazah dalam bidang nutrisi, biochemistry, philosophy and divinity.
- Pada 1924,Dr Shaklee membina health care center yang lengkap dengan pekerja terdiri daripada chiropractors, osteopaths, internist, general practitioners and surgeons. Dan untuk pertama kalinya, formula Dr. Shaklee untuk makanan kesihatan dibungkuskan dan dipasarkan.
- Pada 1928, beliau melahirkan a sensible diet regimen dan mencadangkannya untuk semua pesakitnya. Diet ini bersamaan dengan Food Guide pyramid yang sekarang ini juga dicadangkan oleh United States Department of Agriculture, tetapi dengan penambahan pada bijirin, buah2an ,sayur2an dan minima lemak dan gula.
- Pada January 1929, beliau menjadi menteri dan pada 1933, secara rasminya beliau menerima darjah kedoktorannya. Beliau menekankan kepentingan the spiritual part of life yang akhirnya menjadi filosopi asas dalam Shaklee.
- Beliau mengamalkan ilmu chiropractic sehingga umurnya 65tahun. Kemudian melancarkan Shaklee Corporation untuk memasarkan produk yang telah beliau hasilkan sepanjang hayatnya. Impian beliau adalah untuk berkongsi kesihatan yang lebih baik dan produknya bersama dunia.
- Produk nutrisi Shaklee dikenali oleh kerajaan sebagai makanan berbeza dengan produk dari syarikat lain yang dilabelkan sebagai drug companies.
- Shaklee merupakan pengeluar vitamin dan mineral yang terbesar di dunia dan dilabelkan sebagai leader in the nutritional industry.
- Shaklee menjalankan ujikali klinikal sendiri terhadap produk2 mereka.Ia dilakukan oleh pihak luar, unbiased sources (such as Yale University and Harvard University)dimana kajian klinikal ini dijalankan keatas manusia dan bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk2 Shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas badan manusia. Beratus ujian diterbitkan in peer-reviewed nutritional and medical journals such as:The American Journal of Clinical Nutrition. The Journal of Nutrition. The Journal of the American Dietetic Association. The Journal of Applied Physiology, and. The American Journal of Cardiology
- Sesetengah syarikat mendakwa mereka melakukan ujian klinikal sedangkan hakikatnya tidak pernah diuji kerana undang- undang tidak pun memerlukan mereka berbuat demikian tapi mereka mendakwa demikian hanya untuk melakukan produk mereka. Berbeza dengan Shaklee yang melaburkan berjuta2 ringgit untuk melakukan ujian klinikal terhadap produk mereka
- Produk Shaklee kesemuanya seimbang dan memenuhi hampir semua suplemen semulajadi yang badan perlukan. Sebagai makanan, produk2 Shaklee mengandungi nutrien2 asas,enzim2 dan juga pyhtochemicals (bahan2 kimia semulajadi dalam sayur2an dan buahan ie karotenoid, flavonoid..yang ni nanti saya ulas panjang dalam entry yang lain)
- Shaklee memiliki makmal kajian dan penyelidikan mereka sendiri di Hayward, California, dan makmal kedua di bina di Stanford University in Palo Alto, California.
- Tahukah anda Shaklee memiliki perusahaan ladang (manufacturing plant) mereka sendiri di Norman, Oklahoma. Tidak seperti sesetengah syarikat yang mengeluarkan vitamin dengan membeli dari mana2 makmal dan meletakkan label jenama mereka.. Tidak seperti Shaklee yang memiliki ladang vitamin sendiri.. Menarik bukan.
- Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia
- 176 ujian yang berasingan dijalankan ke atas setiap satu bahan yang terlibat dalam penghasilan produk shaklee . Ujian melibatkan ketulenan, ketahanan dan keselamatan
- Setiap produk Shaklee didakwa mempunyai dokumen pengesahan.
- Setiap produk Shaklee telah melalui sebanyak 262 ujian kualiti jaminan (assurance) yang berasingan dalam setiap proses pembuatan.
- Shaklee produk semuanya dijamin berkualiti.
Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.
Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu Jaminan
Shaklee mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang hebat. Shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak 1986 apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap Artik dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996 untuk mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee membantu Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. Hasilnya Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang diiktiraf Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat. Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate Protection Award serta Environmental Stewardship International Award daripada Social Accountability International dalam menerajui isu pemanasan global.
|
Isu alam sekitar amat dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci Organik Pekat Basic-H®, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah yang pertama. Pada tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya selama lebih 25 tahun.
Ibu Pejabat Shaklee Malaysia
Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower Empire Subang, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
Telefon :603-5622
3188
Fax : 603-5622 3199 E-mel : customerinquiry@shaklee.com.my
Waktu Perniagaan
Isnin- Sabtu : 10:00 pagi hingga 7:00 malam
Pejabat Cawangan
Yusni Hj Yusof
Shaklee Independent Distributor [ SID 953869 ]
|