Breaking News
Loading...

Healthy Nutrition

Healthy Beauty

Healthy Weight

Healthy Home

Shaklee Product

Recent Post

Monday, 8 December 2014
DTX Complex

DTX Complex



                            





DTX Compleks Shaklee Bantu Detoks dan Penyakit Hati


Hati adalah organ terbesar dalam tubuh manusia yang berkeupayaan untuk membina dirinya semula.  Hati bertindak sebagai pusat pemprosesan, menyahtoksik serta menjalankan fungsi-fungsi kritikal dalam badan kita. 





Antara FUNGSI hati ialah :-


Merembeskan hempedu – untuk pencernaan dan memecahkan lemak. Membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak A,D, E,K.



Detoksifikasi – menyahkeluar bahan-bahan toksik dari badan sebagai bahan kumuh seperti ammonia


Kawal Paras Gula dalam Darah – menukarkan tiroksina (hormone tiriod) kedalam bentuk yang lebih akti

Metabolisme Lemak – penting untuk sintesis asid lemak dari asid amino dan gula.


Masalah hati berlaku apabila adanya gangguan pada fungsi hati dan akhirnya menyebabkan penyakit hati. Ia seterusnya boleh mendatangkan kerosakan pada tubuh badan. Gejala biasa penyakit hati ialah loya, muntah, keletihan melampau dan penyakit demam kuning (pada mata dan kulit disebabkan oleh kepekatan bilirubintinggi dalam aliran darah)

Apakah punca-punca PENYAKIT hati? Ok ada beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya perkara ini. Antara penyebab penyakit hati ialah :-
  • Pengambilan Alkohol berlebihan
  • Sirosis (Cirrhosis) – tahap kronik untuk penyakit hati. Kehadiran parut pada hati dan kehilangan berfungsi sel-sel hati menyebabkan hati gagal.
  •  Penggunaan dadah yang tertentu
  • Hepatitis berjangkit – seperti Hepatitis A,B dan C
  • Hati berlemak (fatty liver)
  • Hemochromatosis – adalah gangguan metabolik yang membawa kepada penyimpanan kandungan iron yang luar biasa tinggi dalam badan. Iron yang berlebihan boleh berkumpul di dalam tisu hati, pankreas, dan jantung dan boleh membawa kepada keradangan, sirosis, kanser hati, dan kegagalan hati.
  • Wilson’s Disease- penyakit keturunan yang menjejaskan keupayaan badan untuk memetabolismekan copper . Wilson’s Disease boleh membawa kepada sirosis dan kegagalan hati.
  • Gilbert’s Disease – berlaku apabila kandungan bilirubin tinggi dalam hati. Biasanya ia akan hilang dengan sendirinya dan tidak berbahaya
  • Kanser – boleh berlaku pada struktur hati dan sel-sel.
Disebabkan oleh gaya kehidupan dan persekitaran yang tidak sihat, hati kita pun turut terkena tempiasnya. Di Shaklee, selain daripada membantu kita menjaga kesihatan jantung, mata, tulang dan kulit, DTX Complex dihasilkan secara khusus untuk menjaga kesihatan dan membersihkan hati kita.
Ia mengandungi :-

(a)Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel yang menghasilkan 80% silymarin (anti oksida yang kuat)  yang bertindak  menyokong keupayaan badan untuk menghasilkan protin bagi membantu menjana semula sel-sel hati. Ia melindungi hati daripada toksin termasuklah dadah, racun dan bahan kimia. Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis. Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat alkohol. Serta membantu masalah kulit seperti ekzema dan psoriasis

(b) Schizandra – ekstrak biji benihnya mengandungi anti oksida dan merangsang sintesis protin untuk meningkatkan enzim bagi tujuan detoksifikasi hati

(c) Cendawan Reishi (Ling Zhi) - Membina imun dan membantu mencegah atau merawat kanser

(d) Ekstrak Dandelion, Articok dan Kunyit – membantu fungsi hati dan  mengekalkan aliran hempedu

Secara kesimpulannya, DTX Complex ini membantu kita mengeluarkan kompoun dinyahtoksin oleh hati, menjaga kesihatan hati dan juga menggalakkan fungsi hati yang sihat. Sebotol mengandungi 90 biji tablet. Tiada perasa tiruan, pemanis, warna-warna, atau bahan pengawet tambahan







Kebaikan DTX Complex Shaklee


Jadi, apa kata kita terokai apakah perbezaan DTX Shaklee… (^_^)
Sumber : Buku Nutrisi Shaklee

Perbezaan DTX Shaklee

  • Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam DTX Complex Shaklee; ekstrak biji benih pokok susu tisel menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
  • DTX Complex Shaklee mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin.
  • Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schizandra dan cendawa Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)



Formulasi yang dipatenkan untuk DTX Complex

1. Ekstrak Biji Benih Pokok Susu Tisel (Milk thistle seed)
  • Proses ekstrak ini mendapatkan 80% silymarin – kaya dengan bahan antioksida
  • Melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
  • Merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
  • Mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
  • Membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
  • Membantu masalah kulit seperti psoriasis dan ekzema
2. Articok (Artichoke)
  • Membina semula sel-sel hati
  • Merangsang pengaliran hempedu
3. Dandelion
  • Membantu fungsi hati, sangat berguna ketika berlaku kebengkakkan hati (hepatitis) dan jaundice
  • Membantu penghadaman dengan merangsang pengaliran hempedu dari hati dan pundi hempedu; membantu mencegah batu karang
  • Membantu merawat endometriosis. Bertindak sebagai julap lembut untuk masalah sembelit
  • Meningkatkan keupayaan tubuh menyerap zat besi – melawan anemia
  • Melawan tumor dan kanser
  • Merendahkan paras gula dalam darah. Baik juga untuk masalah kekembungan dan lebihan air
4. Kunyit
  • Mengandungi curcumin : bahan anti-oksida
  • Meningkatkan kesan anti-keradangan dan membantu mengurangkan kesakitan
  • Mempunyai kesan anti-viral terhadap HIV
5. Reishi Mushrooms (Ling Zhi)
  • Membina imun – membantu dalam mencegah atau merawat kanser
  • Mengurangkan masalah bronkitis, sinusitis
  • Merawat sindrom keletihan yang kronik
  • Membantu mencegah penyakit jantung
6. Schizandra
  • Ekstrak biji benih dari Schizandra ini mengandungi bahan anti-oksida
  • Ia juga berkait dalam merangsang sintesis protein, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperlahankan pembentukan toksin
Note: Saiz hidangan – 3 biji sehari (untuk 30 hari) & 90 biji / botol
Hati merupakan organ terbesar di dalam tubuh manusia dan berkeupayaan dalam membina semula. Contohnya, serangan jantung akan merosakkan otot atau organ jantung. Tetapi, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan boleh merosakkan hati. Namun, hati mampu membaiki organnya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, menjalankan fungsi-fungsi kritikan untuk membaiki.


Fungsi hati manusia adalah seperti berikut:

1. Rembesan Hempedu
  • Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman.
  • Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule)
  • Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak, A, D, E, K dan membantu mengasimilasikan kalsium
  • Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada Vitamin A
2. Bertindak sebagai Detoksifikasi
  • Metabolisme protein dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati.
  • Hati mengawal metabolism protein
  • Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik
  • Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang.
  • Oleh itu, dalam usaha untuk mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul
3. Mengawal Paras Gula dalam Darah
  • Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentu yang lebih aktif
  • Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme
  • Hati mewujudkan GTF (Faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation
  • GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul
  • Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga
  • Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen adrenalin dan insulin
4. Penting untuk metabolisme Lemak
  • Penting dalam sintesi asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospolipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga.
  • Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.





_______________________________________________________
“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”


logo shaklee baru 300x187 Baru Ku Sedar Bahaya Anemia




Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya 

sms/wassup/pm:-


Yusni # 0126608037

SID No : 953869
FB Page : Vits For Health
Email : ashrin149@gmail.com

*Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma,, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee...dan yang pastinya...anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada.







no image

Nutriferon Shaklee


SHAKLEE - NUTRIFERON


Tinggalkan paracetamol sekarang! Tingkatkan Sistem Imun Anda dengan NUTRIFERON SHAKLEE.
Paracetamol mempunyai side effect kepada tubuh. Kenapa pilih paracetamol sedangkan ada alternatif lain yang bebas dadah, semulajadi, selamat dan berkesan!
Sistem imun adalah seperti tentera badan kita, yang melawan jangkitan dan penyakit-penyakit yang mengancam kesihatan dan kecergasan badan. Tanpa pertahanan ini, virus, bakteria, parasit, toksin, dan lain-lain patogen berbahaya akan menyerang badan kita, menjadikan badan kita lemah dan sakit. 


paracetamol


Fahami Bagaimana Sistem Imun Tubuh Berfungsi.

Sistem imun adalah sangat kompleks dan canggih. Ia mengesan pelbagai jenis patogen berbahaya dan membezakannya daripada sel-sel dan tisu-tisu yang sihat.
Badan kita ni dicipta dengan begitu canggih sekali. Bermula dari pertahanan pertama – KULIT.  Tanpa lapisan perlindungan kulit, badan kita bukan saja akan hancur, tetapi terdedah kepada toksin dan lain-lain. Kulit bertindak sebagai penghalang fizikal dan juga menyediakan halangan kimia kerana kulit menghasilkan sebum anti bakteria. Penghasilan sebum ini akan segera membunuh spora dan bakteria yang hinggap pada kulit.
Hidung, mulut, dan mata adalah ‘jalan masuk utama’ kuman dalam badan kita, jadi ia  juga menyediakan sistem pertahanan. Antara sistem pertahanan semulajadi badan:
  • Hidung – mukus hidung mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang memecahkan dinding sel bakteria.
  • Mulut – air liur mengandungi bahan anti bakteria.
Secara ringkasnya, badan kita dijaga oleh SISTEM IMUNITI – menahan serangan kuman, bakteria, mikrob, parasit, patogen dan toksin!
Sistem imun terdiri daripada thymus, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, sel-sel darah putih, antibodi, dan hormon. Setiap komponen berfungsi dengan cara yang tersendiri untuk melawan penyakit dan jangkitan supaya kita sentiasa sihat.


immune-system

Sistem imun kita bekerja setiap hari, 24 jam tanpa henti… dan adakalanya ia breakdown.. apakah yang boleh menyebabkan sistem imun kita tergaggu? Biasa kan orang kata “Musim hujan panas sekarang ni ramai orang demam..” Ya, perubahan cuaca dan iklim boleh memberi kesan kepada sistem imun. Begitu juga dengan faktor psikologi seperti stress.. apa lagi kalau makan benda2 merapu.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sistem imun dan kesannya pada badan, penyelidik Shaklee menjalankan kajian di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi, Weil Medical College, di Cornell University of Pediatrics.
Kajian ini mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk membangun dan mengesahkan cara baru untuk meneroka biologi virus dan fungsi imun dalam paru-paru manusia. Matlamat kedua adalah untuk menilai kesan campuran botani yang unik terhadap sistem imun.
Hasilnya mendapati campuran botani terpilih meningkatkan interferon dalam tubuh untuk melawan penyakit tatkala tubuh kita sedang lemah. Maka lahirlah Nutriferon

Nutriferon Adalah Penggalak Imunisasi Atau Immune Booster Kepada Tubuh

Nutriferon penggalak imunisasi (immune booster) ciptaan pakar imun, Dr Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo, Jepun pada tahun 1954.






Setelah membuat kajian selama 40 tahun ke atas ribuan jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, akhirnya beliau telah berjaya menemui interferon semulajadi di dunia iaitu Nutriferon. Beliau telah berjaya menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu biji labu, bunga Safflower,Honeysuckle Jepun dan biji Plantago mempunyai daya pendorong kepada pengeluaran semulajadi interferon tubuh. 
Nutriferon adalah satu formula eksklusif dan telah dipatenkan oleh Shaklee dan tidak terdapat di mana-mana kedai atau farmasi di Malaysia. Ianya hanya boleh dibeli melalui pengedar Shaklee.
Mereka yang menghadapi masalah antibodi lemah, mudah sakit dan sakit yang lambat sembut sangat digalakkan untuk mengambil nutriferon.
Siapakah yang perlu ambil Nutriferon?
1. Mereka yang sering sakit, selsema, demam.
2. Ibu yang menyusukan anaknya yg mana anaknya demam atau sakit yg berpanjangan.
3. Mereka yang mempunyai masalah imunisasi.
4. Mereka yang sering travel dan kerap ke luar negara.
5. Mereka yang sering stress.
6. Mereka yang terdedah dengan bahaya penyakit.
7. Mereka yang tak suka makan banyak vitamin antioksidan, ACE boleh gantikan dengan Nutriferon sepeket sehari.
8. Mereka yang ada mempunyai allergi dan eczema.



Bagaimana Nutriferon bertindak?

NutriFeron MENINGKATKAN INTERFERON semulajadi badan dan sekaligus MENGUATKAN TINDAK BALAS IMUN badan. Anda kini dah tak perlu ubat2 yang banyak lagi!
Pemakanan tambahan NutriFeron ™ yang direka untuk diambil setiap hari dan merupakan adunan empat ramuan botani ini, apabila digabungkan bersama,untuk membolehkan tubuh secara semulajadi meningkatkan pengeluaran interferon tanpa menambah tekanan kepada badan:-
  • Ekstrak biji labu (Cucurbita moschata), yang telah didapati dapat mendorong pengeluaran interferon;
  • Biji Plantago (Plantage asiatica) yang mengandungi bahan kimia yang dipanggil polisakarida yang diguna untuk merangsang sistem imun;
  • Bunga Safflower (Carthamus tinctorius) polisakarida, yang telah dikenalpasti  dapat mendorong pembangunan makrofaj, sejenis sel darah putih;
  • Kuntuman bunga Japanese Honeysuckle (Lonicera japonica) yang digunakan dalam perubatan Asia.




6 SEBAB MENGAPA NUTRIFERON PILIHAN SAYA DAN ANDA?
  1. Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
  2. Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*-Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
  3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.
  4. Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
  5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
  6. Sejak NutriFeron ™ telah dibangunkan, beberapa kajian klinikal manusia telah mendokumenkan keberkesanan makanan tambahan ini. Kajian ini, yang telah disiarkan dalam jurnal perubatan, seperti Journal Gastroenterology, Clinical Pharmacology and Therapy, dan Journal of Alternative and Complimentary Medicine,, mengetengahkan pelbagai faedah yang berkaitan dengan NutriFeron ™.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

logo shaklee baru 300x187 Baru Ku Sedar Bahaya Anemia


Hubungi/sms/wassup saya:-

FB Page : Vits For Health
Email : ashrin149@gmail.com



*Bagaimana dengan anda? Nak cuba Shaklee? Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan special price, konsultasi percuma,, dapat join group tertutup kami untuk perkongsian tentang masalah kesihatan dan maklumat berkenaan produk Shaklee...dan yang pastinya...anda boleh mendapatkan vitamin Shaklee dengan budget yang anda ada. 













Copyright © 2014 KESIHATAN ADALAH HARTA All Right Reserved